Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Saturday, May 31, 2014 | 3:58 AM


1. Ungkapkan kata-kata indah
Ramai wanita suka dipuji dan diberikan kata-kata indah yang menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya. Sekali-sekala gunakan cara yang bukan tradisional seperti SMS,Whatsapp ataupun hantar gambar yang indah untuk melembutkan hati si dia. Walaupun adakalanya lelaki menganggap ini merupakan perkara yang remeh untuk dilakukan, percayalah, nanti lama kelamaan, kasih sayang di dalam rumah tangga pun akan makin pudar kalau tidak disuburkan dengan perkara mudah seperti ini.
Jika selama ini anda tidak pernah mengucapkan terima kasih atau ucapan penghargaan terhadap pengorbanannya sebagai isteri, cuba ucapkan padanya seikhlas hati.
2. Beri kejutan
Sekali-sekala berikan kejutan seperti hadiah yang ikhlas yang ingin anda berikan padanya seperti sekuntum bunga, ataupun barang kegemarannya. Kalau anda bukan jenis suami atau pasangan yang memberikannya hadiah kejutan, inilah masanya. Tetapi jangan pula berikan kejutan yang boleh buat dia sakit jantung seperti ‘madu baru’. Itu kejutan yang boleh membawa maut… pada kedua-dua belah pihak.
3. Panggilan manja 
Jangan ingat kucing saja ada panggilan manja, manusia pun adakala teringin juga. Cuba bagi nickname pada pasangan anda seperti ‘baby’, ‘sayang’, ayang, dear dan sebagainya. Sedangkan Rasulullah saw pun memanggil Humaira,panggilan manja buat isterinya Aisyah. Tapi jangan pula guna nama panggilan yang kurang ajar seperti ‘gemuk’, ‘badak’ yang boleh mengguris hati si isteri/kekasih.
4. Ingat perkara kecil
Kadang-kadang lelaki ni sukar untuk ingat perkara yang simple dan mudah seperti tarikh perkahwinan ataupun hari lahir pasangan. Kalau tak mampu nak beri hadiah, hanya ucapkan kata-kata manis padanya pada tarikh tersebut tanda anda menghargai pasangan anda. InsyaAllah, ia akan menyuburkan lagi hubungan anda dan pasangan.
5. Bertolak ansur 
Wanita ini mempunyai hati yang lembut. Jadi belajar bertolak ansur dalam perkara-perkara yang menyulitkan hubungan anda, kerana wanita yang mempunyai hati yang lembut ini mudah tersentuh. Jangan terlalu berkeras dan berkasar dengan pasangan anda dan belajar berbincang untuk membuat sesuatu keputusan atau jika ada masalah. Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan isteri/pasangan anda, katakan dengan ayat lembut dan beri justifikasi yang logik dan masuk akal supaya dia boleh terima.
6. Jangan ego
Ego ini merupakan masalah terbesar dalam hubungan terutamanya pada lelaki. Lelaki terlalu ego untuk mengaku kesalahan dan ini boleh membunuh hubungan kasih sayang anda. Jika anda telah mengguris hati pasangan anda, ringankan mulut untuk melafazkan kata maaf… Satu kata maaf itu boleh membuatkan hati wanita lembut kembali.
7. Rajin
Lelaki yang rajin dapat memikat dan melembutkan hati wanita. Jadi lelaki yang ingin memujuk isteri/pasangan anda, boleh berubah menjadi lelaki yang ringan tulang… Tetapi biarlah ia berterusan, bukan semasa ingin memujuk sahaja. Kalau boleh, bantu isteri anda dengan kerja rumah dan menguruskan anak-anak sekali sekala.
8. Ajak dating
Cuba ajak pasangan anda keluar makan malam secara romantik ataupun pergi bersiar-siar dan menonton wayang. Kadang-kadang memujuk ini tidak perlu diucapkan dengan kata-kata, tetapi perbuatan pun penting juga.
9. Senyum 
Senyuman merupakan cara yang paling mudah untuk melembutkan hati wanita tau. Senyuman dan lirikan mata yang ikhlas, insyaAllah boleh memujuk hati kekasih dan isteri anda.
10. Pakai pakaian yang indah
Pakai pakaian yang indah untuk isteri anda, kelihatan bersih dan bau yang wangi. Bilakah kali terakhir anda pergi membeli-belah? Sama seperti suami mahu isterinya kelihatan bagus untuk dia, dia juga mahu suaminya untuk berpakaian kacak untuk dirinya juga. Ingatlah bahawa Rasulullah (صلي الله عليه وسلم) akan sentiasa bermula dengan miswak apabila pulang dan sentiasa berbau manis.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor