Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Wednesday, May 14, 2014 | 5:43 PM

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman

SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman harus mencari jalan untuk merapatkan kembali 'saf' di antara pucuk pimpinan Umno di Terengganu bagi memastikan insiden calon keluar parti tidak akan berulang lagi.
 
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, ianya akan menjadi cabaran besar serta sulit buat Ahmad Razif memandangkan kepincangan dan kemelut dalaman parti dapat dilihat jelas.
 
"Sebagai ahli parti, hubungan sesama pucuk pimpinan haruslah dijaga dengan baik kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain.
 
"Formula baru harus dibentuk bagi mengekalkan persefahaman antara ahli Umno, kesetiaan kepada parti harus dijadikan sebagai kayu pengukur dalam teras pimpinan masing-masing dan setiap ahli harus letakkan jiwa mereka pada parti pimpinan mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
 
Katanya lagi, pemimpin tidak harus meletakkan emosi ketika memerintah kerana ianya akan menjejaskan struktur parti, sistem politik dan sistem pentadbiran secara keseluruhannya.
 
"Dalam konteks politik, jika trend rajuk-merajuk dan keluar parti masih berterusan, ianya akan membuktikan ketidakmatangan seseorang pemimpin dalam berpolitik.
 
"Walaupun umum mengetahui ianya perkara lumrah bagi sesebuah parti, namun ianya tidak wajar dijadikan ikutan malah sepatutnya kemelut seperti ini seharusnya dijadikan pengajaran dan iktibar bagi sesebuah parti," jelasnya.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor