Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Wednesday, May 14, 2014 | 12:35 AM

ADUN Bukit Besi, Roslee Daud
PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Bukit Besi (ADUN), Roslee Daud mengakui membuat keputusan terburu-buru ketika mengambil keputusan untuk keluar UMNO. 

Beliau berkata keputusan itu dibuatnya selepas terkejut dengan berita pertukaran 
menteri besar di Terengganu. "Keputusan awal itu bukan dipengaruhi oleh sesiapa sebaliknya kerana kesilapan saya sendiri. 


"Saya bagaimanapun memohon maaf kepada rakyat dan pengundi di kawasan saya atas keputusan awal terbabit," katanya ketika ditemui selepas pertemuan antara ADUN Barisan Nasional Terengganu dan Perdana Menteri di sini sebentar tadi. 

Akhbar hari ini melaporkan Rosli didakwa menarik balik surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN. 

Perkara itu disahkan EXCO Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee, semalam. 
BERNAMA melaporkan Mohd Jidin, yang juga ADUN Permaisuri berkata, Roslee menarik kembali keputusan selepas dinasihati rakan-rakan beliau. 
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor