Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Monday, June 16, 2014 | 2:50 AM



KG Medan Selangor: Kira-Kira jam 9 malam sabtu, Mohd Fakrul Aiman Mohd Nawawi, 15, kini dalam keadaan tidak sedar disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala selepas terbabit dalam kemalangan.

Menurut laporan Daily Traffic Report kemalangan itu berpunca apabila salah seorang daripada anggota JPJ membaling kon terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa itu hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta yang berhenti tepu jalan dalam sekatan jalan raya di Tol Kg Medan.

Menurut laporan salah seorang anggota JPJ yang berada ditempat kejadian, mangsa telah cuba merempuh sekatan tersebut dan hampir melanggar salah seorang anggota JPJ dan kemudiannya mangsa dibaling lampu mata arah (beacon) oleh anggota JPJ. -


Menurut laporan daripada saudara mangsa pula ketika dihubungi SiakapKeli, mangsa pada jam 9 atau 10 malam keluar untuk membeli burger yang mana kemudian terserempak dengan sekatan JPJ lalu cuba untuk mengelak sekatan tersebut. Berkenaan dengan balingan kon tersebut pula pihak keluarga mangsa sudahpun minta penjelasan daripada pihak JPJ yang mana tiada sorang pun anggota yang mengaku akan hal itu walaupun ramai saksi yang menyatakan JPJ sememangnya membaling kon tersebut tetapi tidak pasti mangsa adalah sasarannya. Walaubagaimana pun mangsa dikatakan terkena kon berkenaan. -





www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor