Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Wednesday, June 4, 2014 | 9:27 PM

Anda telahpun melalui pelbagai perayaan dan hadiri kenduri kahwin (yang banyak!) dan apabila ditanya “bila nak kahwin?”, anda diri sendiri tertanya-tanya kenapa masih belum jumpa teman sejati anda. Sebelum anda rasa sedih kerana mengakhiri tahun 2014 tanpa seseorang teman, mari kita lihat seba-sebab anda masih bujang.

Belum bersedia
Mungkin anda belum bersedia berdepan dengan seorang teman baru kerana baru sahaja melalui perpisahan yang telah melukakan hati dengan dalam. Jangan risau, ia adalah perkara biasa untuk setiap individu mengambil masa memulihkan hati yang luka itu dan membina keyakinan diri yang baru. Jika anda tidak pernah berpacaran sebelum ini, jangan beri diri anda tekanan tentang perkara ini. Mungkin anda masih tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk memulakan hubungan dengan seseorang. Seperti biasa, beri diri anda masa yang secukupnya dan fikirkan apa yang anda inginkan dalam hubungan itu. Hadapi perkara ini dengan hati yang tenang.

Terlalu sayangkan diri sendiri
Hmm, adakah anda seseorang yang terlalu sukakan diri anda? Sebenarnya sikap sayangkan diri tidak salah. Seperti artikel dari Huffington post yang menunjukkan pelbagai sebab kenapa orang-orang ini masih bujang. Contohnya, jika anda tidak boleh berkongsi bilik tidur, berkongsi kereta, berkongsi peralatan rumah ataupun membuka ruang hati anda…anda sebenarnya lebih sayangkan diri anda dan tidak inginkan seorang teman buat masa ini. Namun begitu, mungkin suatu hari anda akan bertemu dengan si dia yang mempunyai kunci ke dalam isi hati anda.

Kurang keyakinan diri
Tidak kira kaum lelaki atau kaum wanita, tiada sesiapa yang sempurna. Jika anda sering rasa kurang keyakinan dan tidak berani hadapi dunia yang penuh cabaran ini, apakah kebarangkalian anda akan bertemu teman hidup anda? Ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai nilai-nilai yang positif dan unik – setiap individu mempunyai keistimewaan yang menakjubkan. Jangan lepaskan hidup anda dan biarkan takdir menentukannya. Kadang-kala, kita kena berani berjuang untuk diri kita sendiri.

Pentingkan kerjaya atau orang lain
Dah pukul 2 pagi tetapi anda masih menaip laporan atau menolong kawan anda kemas rumah selepas kenduri? Sikap tolong-menolong dan rajin mencari rezeki memang sikap-sikap yang baik, tetapi jika anda tidak mempunyai masa untuk diri sendiri…macam mana boleh jumpa si dia? Sayangi diri anda dan luangkan masa untuk menjaga penampilan diri supaya kelihatan seperti seorang manusia, dan bukanny robot yang bertungkus lumus untuk kerja atau orang lain sahaja. Ingat, hidup ini hanya sekali dan perjalanan hidup anda dilalui diri anda dan bukan orang lain.

Terlampau cerewet?
Siapa di sini rasa bersalah kerana sedar dirinya terlalu cerewet? Atau ada yang masih tidak mengaku? Saya boleh memahami kenapa anda sedemikian. Mungkin anda tidak berani percaya sesiapa dengan sepenuhnya, tapi jangan sampai diri sendiri yang kelihatan terlampau cerewet. Ada masanya anda sendiri pun kena sedar tentang kebaikan dan keburukan diri sendiri sebelum menjadi hakim yang menilai orang lain. Ambil masa untuk kenali kawan baru dan mungkin anda berpeluang kenali bakal teman hidup anda.

Dalam diam anda…
Sebenarnya tidak ingin berteman. Anda rasa selesa dengan kehidupan yang bebas atau kehidupan yang tidak pernah sunyi kerana adanya ahli keluarga dan rakan-rakan yang akrab. Tidak mengapa. Jadilah diri anda dan hidup seperti yang anda inginkan. Bak kata orang… perasaan cinta dan sayang itu akan datang pada masa yang paling tidak disangka.
Jadi, jangan berputus asa dan akhiri tahun 2014 dengan gembira.
PS: Jangan mare eeeh..



www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor