Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Sunday, June 1, 2014 | 5:25 AM


TINDAKAN pantas anggota bomba menyelamatkan deretan kedai di Jalan Padungan, 

Kuching daripada musnah 

dalam kebakaran semalam.

Kebakaran sekitar jam 1.30 petang semalam yang melibatkan tempat penyimpanan sejuk 

beku sebuah kedai buah-

buahan nyaris menyebabkan api merebak ke kedai-kedai lain di situ.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 

(JBPM) Sarawak Farhan 

Sufyan Borhan berkata, insiden itu disedari oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan 

Penyelamat (BBP) Padungan 

selepas ternampak kepulan asap hitam dari deretan kedai di jalan tersebut.

“Jentera dari BBP Padungan tiba di lokasi sekitar 1.38 petang selepas ternampak kepulan 

asap tebal sekitar 1.34 

petang dari arah deretan kedai yang berhampiran dengan balai di Jalan Padungan.

“Api mula dikawal sekitar 1.47 petang dan operasi (memadam kebakaran) tamat sepenuhnya 

sekitar 1.53 petang,” 

katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Pada masa sama, Farhan mendedahkan kebakaran mungkin berpunca daripada kerosakan 

alat penyejuk beku di stor 

penyimpanan sejuk beku yang menyimpan pelbagai jenis buah-buahan di kedai itu.

“Seramai 18 anggota yang terlibat dari BBP Padungan dan BBP Batu Lintang melibatkan dua 

jentera Scania dan tiga 

unit motosikal (RIM).

“Tempat penyimpanan di kedai itu terbakar 15 peratus dan kita akan menjalankan siasatan 

terperinci untuk 

mengetahui punca sebenar kebakaran,” jelasnya.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor