Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Friday, June 6, 2014 | 11:17 PM




Oleh Florence Nervyn//



BAGAIKAN dirasuk roh jahat, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikannya hidup-hidup.

Terdahulu, majikan terbabit menemui bangkai anak kucing kesayangan mereka di depan rumahnya di Sibu, malam kelmarin.

Apabila ditanya oleh majikannya, pembantu rumah itu mengaku telah memakan bahagian kepala dan daging anak kucing itu serta meninggalkan bahagian kulitnya.

Wanita itu memberitahu, mereka terpaksa mengikat kaki dan tangan pembantu rumah terbabit yang dipercayai tiba-tiba mengamuk.

Bimbang keselamatan keluarga, mereka kemudian meletakkan pembantu rumah itu di dalam kereta yang diparkir di luar rumah, semalaman.

“Dia (pembantu rumah) kelihatan pulih hari ini (semalam). Saya kemudian membuka ikatan dan berjanji akan menghantarnya pulang ke negara asalnya jika itu kehendaknya.

“Saya juga membawanya membeli nasi ayam di Ramin Way seperti yang dia minta sekitar jam 10.30 pagi tadi (semalam),” jelasnya.

Selepas selesai membeli makanan, pembantu rumah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sekali gus mencetuskan satu adegan yang menarik perhatian orang ramai.

“Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” ujar wanita itu.

Empat anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa sejam untuk membawa pembantu rumah itu masuk ke dalam kenderaan polis.

Menurut polis, pembantu rumah itu dikatakan berada di luar kawalan dan turut merosakkan cermin kenderaan.

Selain itu, dia difahamkan mengigit lengan salah seorang anggota polis, malah meludah ke arah beberapa anggota polis yang membawanya ke balai sebelum ditahan untuk dimasukkan ke dalam ambulans dan dihantar ke Hospital Sibu.

Anggota polis juga menutup mukanya dengan surat khabar bagi menghalang pembantu rumah itu terus meludah ke arah mereka.

Majikan itu memberitahu, pembantu rumahnya berkelakuan aneh sejak seminggu lalu.





 www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor