Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Wednesday, June 4, 2014 | 3:09 AM

Inilah yang dikatakan video makan tuan. Nak tunjuk pailang punya pasal akhirnya boleh menjejaskan masa depan sendiri. Polis hari ini mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata dalam laporan myMetro, satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Katanya, tiga suspek pelajar tingkatan empat ditahan untuk siasatan lanjut dan sudah dibebaskan dengan jaminan.
“Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini. Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan tersebar,” katanya.
Pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah itu difahamkan dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama. Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor