Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Friday, May 30, 2014 | 11:06 PM

PETALING JAYA - Ibu kepada kanak-kanak yang ditemui mati tanpa kepala di Sungai Klang memilih untuk hidup sebagai gelandangan walaupun mempunyai ahli keluarga di Cheras, dekat sini.

Pengarah Projek, Kechara Soup Kitchen (KSK), Justin Cheah berkata, pihaknya menyediakan makanan dan bantuan kepada ibu berusia 32 tahun itu yang sering dilihat berlegar di sekitar ibu kota.

Beliau berkata, wanita berkenaan, Siti Salmy Suib juga pernah dilihat tinggal di bawah jambatan ditepi sungai berhampiran Bulatan Syed Putra, bersama antara 15 hingga 30 gelandanan lain.

“Dia ada masalah dengan keluarganya dan agak melawan. Kaunselor kami yang cuba menasihatkannya supaya pulang ke pangkuan keluarga tetapi dia enggan berbuat demikian,” katanya.

Cheah berkata, wanita yang sering bertukar kerja itu juga menerima bantunan daripada pertubuhan kebajikan lain.

Katanya, keseluruhannya terdapat 850 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan kebanyakannya kerana masalah sosial termasuk pengangguran, masalah rumah tangga dan gejala dadah.

Anak Siti Salmy yang berusia 18 bulan, Siti Soffea Emelda Abdullah ditemui mati tanpa kepala dipercayai dikelar menggunakan serpihan jubin seramik di Sungai Klang.

Suspek pembunuhan itu dikenal pasti sebagai bekas banduan berusia 30-an yang dipercayai lemas selepas terjun ke sungai berkenaan untuk melarikan diri, lapor mStar.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor