Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Friday, May 30, 2014 | 11:16 PM

Siapa yang tidak mahu cantik secara semulajadi dan tidak perlu make up yang tebal untuk nampak menarik.

Semua itu boleh dimiliki tanpa perlu pembedahan kosmetik. Buat rugi duit jer operate sana sini. Mari kita cuba amalkan petua orang lama.

Antara petua orang-orang lama untuk cantik secara semulajadi.

1. Ambil air embun pagi kemudian selawat 3 kali dan sapukan ke muka dari bawah ke atas.

2. Gunakan pucuk jambu muka sebagai scrub muka. Ambil pucuk muda,gosokkan pada tangan bertujuan untuk menghancurkan kemudian sapu pada muka dan leher. Biarkan beberapa minit setelah itu basuh dengan air sejuk. Boleh buat ketika mandi.

3. Gunakan putih telur sebagai masker dan untuk buang white head dan black head.Caranya,asingkan putih telur dan kuning telur kemudian titiskan limau nipis. Gunakan kapas muka yang berbentuk empat segi ataupun tisu. Celupkan pada telur tadi kemudian tampalkan pada hidung dan sekitar hidung. Nak tampal satu muka pun boleh :D. Tunggu sehingga kering dan kemudian tarik kapas atau tisu tadi perlahan-lahan, anda akan nampak white head dan black head melekat padanya. Basuh muka macam biasa. Amalkan seminggu sekali atau bila perlu.

 4. Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun pagi. Air amat penting untuk tubuh badan kita, dengan minum air sebaik bangun akan memudahkan kita membuang segala toksin didalam badan.

5. Yang paling best dan mudah, air wuduk mampu membuat wajah disinari nur. Dengan kata lain rajin-rajin la sembahyang. :D

 6. Gunakan uncang teh, bagi peminat air teh uncangnya masih boleh digunakan. Ambil uncang yang telah digunakan tadi, perah sedikit supaya tidak terlalu berair kemudian tekap pada jerawat. Selepas 10 minit basuh muka. Amalkan sebelum tidur insya allah jerawat akan kecut.

7. Untuk mendapatkan kulit cerah dan licin, ambil sebiji limau nipis kemudian belah dua. Gosokkan pada muka semasa mandi, nak gosok satu badan pun boleh. Amalkan seminggu 2 kali insya allah kulit akan cerah dan licin.

8. Bagi menghilangkan parut jerawat boleh cuba amalkan petua ini. Ambil sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Pakai macam bedak sejuk biasa, setelah kering basuh macam biasa. Ada satu lagi petua untuk hilangkan jerawat, gunakan air kelapa. Sapukan ke wajah dan tunggu sehingga kering kemudian basuh.

9. Untuk menegangkan kulit muka boleh gunakan timun. Caranya, sagat sebiji timun kemudian campurkan tepung ubi kayu serta sedikit air. Gaulkan sehingga sebati. Bila bancuhan sudah likat seperti masker sapukan pada wajah dan dibiarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah sehingga bersih. Amalkan seminggu sekali.

10. Bagi kulit berkedut, boleh amalkan insya allah ada kesannya. Ambil sebatang lobak merah kemudian parut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati apabila sudah likat seperti masker, sapu pada muka dan dibiarkan kering. Amalkan 3 kali seminggu. Kunyit juga dapat mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perahkan untuk dapatkan airnya. Minum air kunyit setiap pagi, amalkan secara berselang seli.

11. Untuk melebatkan bulu kening atau bulu mata, ambi; daun lidah buaya dan dibelah bagi mengambil lendirnya. Kemudian lendir tersebut disapu pada bulu kening atau bulu mata.

12. Bagi melebatkan rambut pula, sama juga guna daun lidah buaya dan dibelah bagi mendapatkan lendirnya. Basahkan rambut dengan air suam kemudian sapu lendir pada rambut dan picit kulit kepala supaya khasiat lidah buaya meresap ke akar rambut. Biar selama 15 minit sebelum dibilas.

13. Segarkan muka dengan masker epal. Selalu guna timun sekarang kita guna epal pula. Ambil sebiji epal dikupas kulitnya kemudian direbus sehingga lembut. Kemudian lecekkan epal tersebut dengan garfu dan dibiarkan sejuk sedikit. Setelah itu tambahkan 5 sudu teh madu dan dikacau sehingga sebati. Sapukan pada muka sebatian tadi dan dibiarkan selama 10 minit kemudian bilas dengan air biasa.

Petua-petua diatas adalah usaha kita, insya allah dengan izin Allah ada kesannya.


Disamping itu 6 perkara ini mesti dijaga juga:
1. Jaga pemakanan - Makan makanan yang berkhasiat, ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Ikut piramid makanan. Elakkan makanan berminyak supaya jerawat tidak menjengah.

2. Minum air putih - Minum sekurang-kurang 8 gelas sehari supaya badan sentiasa hidrasi dan dapat membuang toksin dengan berkesan.

3. Bersenam - Dengan bersenam badan akan menjadi lebih segar dan peredaran darah akan menjadi lancar. Wajah akan menjadi lebih berseri-seri.

4. Cuci muka sebelum tidur - Jika seharian pakai make up tak kan tidur pun nak bermake up juga kan. Cuci muka supaya segala kotoran dibuang dan membolehkan kulit bernafas dengan selesa. 

5. Tidur yang cukup - Bak kata omputih Beauty Sleep, tidur yang cukup membolehkan badan berehat dan mengelakkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

6. Lindungi kulit daripada matahari - Sinaran matahari sekarang tidak seperti dahulu, sinaran UV sangat tinggi. Sila pakai krim pelindungan kulit daripada sinaran UV setiap kali keluar rumah.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Terengganu Media© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor